Tuesday, March 1, 2016

Chicken Shepherd's Pie

A delicious combination of Chicken Pot Pie and Shepherd's Pie.

I was trying to decide between chicken pot pie and Shepherd’s pie for tomorrow lunch box and I decided, Hey, why not have both?!  

Hee, so yeah, here we go my simple easy tasty Chicken Shepherd's Pie.

Bahan²
4tbs unsalted butter
4tbs tepung gandum
3cawan stok ayam
1 cawan carrot yang dipotong memanjang
Isi ayam
Batang saderi dipotong
Lada hitam
Garam
Cooking cream

1. Panaskan pan dan masukkan butter. Kacau sehingga butter cair dan masukkan 4 sudu tepung and kacau sebati.

2. Masukkan stok ayam. ( saya ambil air rebusan isi ayam)dan kacau sebati. 
Masukkan sedikit cooking cream untuk dapat rasa yg ummphh.

3. Masukkan carrot, batang saderi. Boleh jugak masukkan mix veggie. Kacau.

4. Masukkan isi ayam yang telah direbus and kacau sebati. Perasakan dengan garam and lada hitam.

5. Kacau sehingga dapat kepekatan yang anda mahu and biarkan sejuk.

Untuk selera asian macam aku, aku letak
bawang besar yang dicincang, cili api and serbuk cili untuk efek yang lebih pedas.

Mashed potato

Kentang-dbuang kulit dan dipotong empat
Susu
Butter
Bawang putih 3ulas
Garam
Lada hitam
Telur kuning 2biji

Rebuskan kentang sehingga empuk. Tos kan.
Sementara itu, panaskan butter and tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga harum.
Lecek/mash kentang tadi dengan butter and bawang putih tadi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, masukkan telur kuning dan kacau sebati.
Perasakan dengan garam and lada hitam.

Di dalam bekas yang sesuai, tuangkan gravy ayam tadi dan ratakan mashed potato diatasnya. Taburkan cheese kalau perlu.
Dengan suhu 200°c , bakar selama 30mins. Done!
Simple and tasty. Nyumssss!
Selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment